Anda TIDAK BOLEH menggunakan ubat ini sekiranya:

  • Seseorang memaksa anda untuk menamatkan kehamilan anda.
  • Anda tidak yakin untuk menamatkan kehamilan anda.
  • Anda ada alahan kepada Misoprostol atau prostaglandis.
  • Anda menghidapi penyakit berikut: kegagalan adrenal kronik, kegagalan hati,, pendarahan tidak teratur, dan porphyries terwaris. (Adalah jarang untuk anda mempunyai penyakit dan tidak tahu tentangnya lagi).
  • Anda mempunyai kehamilan ektopik (hamil di luar rahim)
  • Anda tidak dapat pergi ke hospital atau pusat rawatan cemas dalam tempoh sejam
  • Anda bersendirian. Anda patut meminta teman, rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk menemani anda ketika anda mengambil ubat ini.
  • Apabila anda berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, seperti anemia teruk, baru sahaja menjalani pembedahan abdomen yang tidak sembuh sepenuhnya, pernah bersalin tetapi mengalami komplikasi teruk seperti pendarahan, caesarean, sila bertanyakan nasihat daripada doktor perubatan (kami).